Followers

Wednesday, May 2, 2012

Perbaiki kesilapan..atau biarkan ianya berlalu...

Dengan lafaz Bissmillah..



Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."



 Firman Allah :
Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya; janganlah kamu berbantah-bantahan, kerana akan menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Q.S. Al Anfal: 46)


Hari yang masih belum dapat diperbaiki lagi.....entah mengapa..entah bile...konflic sentiasa berlaku..aku punca masalah?Rumahtangga orang lain bergolak?Rumahtangga  bergegar?Rumahtangga yang aman berkocak semula...5 tahun usia perkawinan memang kelihatan jelas sekali..betul la apa yang aku dengar dan selalu lihat..jika nahoda kapal krang memainkan peranan sebagai nakhoda , anak kapal nye hilang punca lah..tapi aku tak salahkan nakhoda nye...5 TAHUN PERTAMA MEMANG KITA MASIH MENCARI IDENTITI PASANGAN..5 tahun ke  2 mungkin lebih baik sedikit atau mungkin sebaliknya....aku bukan nk salahkan mne mne pihak diatas kekurangan  dalam perhubungan ini..cuma sikap  masing masing yg membuatkan aku lebih menyampahhhh..


Surah Asy-Syuura [42] : 23

Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.



Bukan untuk mencalarkan hubungan yang terbina diatas dasar cinta dan kasih sayang  dari lafaz ijab & kabul dan dari sumpah taat dan setia ketika tangan disambut oleh wali.. kita mampu merancang tapi hanya Allah yang menentukan segala galanya...


Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa dibulan Ramadhan,memelihara kehormatan dan taat kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana yang dikehendakinya...




Ikhlas dalam setiap perbuatan  yang dilakukan hanya kerana Allah tapi bukan untuk membelakangkan suami dalam hal hal tertentu..mana mungkin sorang isteri untuk jadi sedemikian.kerana syurga dibawah telapak kaki suami...  Rasulullah saw bersabda siapakah yang lebih berhak keatas sorang isteri? tentulah suami..dan siapa pula yang lebih berhak keatas suami ? tentulah ibunya..



Dari Amru bin Auf : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala semisal pahala orang yang mengamalkannya tanpa terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Barangsiapa berbuat bid’ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka.” (0174) Sahih Ibnu Majah



aku layang kan kata kata untuk mereka itu bukan sekadar suka suka ...atau sekdar main main.
kisah ini bukan untuk mengaibkan orang lain.tapi untuk diri sendiri dan keluarga sendiri juga...memang biasa kita dengar kata bidalan..."jangan jaga tepi kain orang" maksudnya sudah cukup kita pasti..tapi tahukah kita bagaimana dengan situasi lain pula..bila mana anak anak kita satu ketika nanti berperangai buruk dibelakang kita.Perlukah kita dengan nasihat orang lain.atau biarkan sahaja..atau lebih baik katakan  "susah ape masalah orang jaga jer rumahtangga sendiri"...hidup ibarat bagai Roda yang berputar dan kembali semula pada kedudukan asalnya..sayang kan persahabatan atau sayangkan hubungan keluarga...tapi memutuskan hubungan sesama manusia adalah berdosa.aku akui kesilapan dan khilaf sendiri..cuma keadaan dan situasi yang tidak memihak kepada kbenaran...walhal perkaranya"  sudah terang lagi bersuluh"


Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka.”

No comments:

Besday Boy

Lilypie Third Birthday tickers

My Baby Step

Lilypie First Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...