Followers

Thursday, May 3, 2012




Kata kata untuk hari ini : 
"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara 


menyelesaikan masalah yg paling berkesan."






Dengan Lafaz Bissmillahirahmanirahim...


Tanpa kekuatan dari yang Maha Pencipta mana mungkin khudrat untuk menaip pada pagi ini..Ya Allah berikan hambamu ini kekuatan  sehebat " Serikandi serikandi islam" dan jauhilah hambamu ini dari sifat malas dan leka...Sesungguhnya Engkau yang tidak pernah merasa letih, malas , dan tidak mengantuk..... 


Suhu diluar berkeadaan lembab..Rezeki dari Allah hari ini untuk tumbuh tumbuhan, haiwan terus hidup...Alhamdulillah  pada hari ini berbekalkan kesihatan yang memuaskan walaupun aku sendiri tak mengerti tahap mana kesihatan ini diukur...kadangkala ada terasa kesakitannya tapi mungkin belum mencapai tahap kritikal kot..Ujian  belum dibuat mungkin dalam beberapa hari ni aku bertahan dahulu...tak perlu pain killer atau benda benda lain..cuma aku akan pantau sendiri sejauh mana tahapnya..


Sejauh mana pun aku lari dari keaadan ini.ia akan terus menghantui dan terus merapati...cuma kekuatan mental dan fizikal harus selari dengan keadaan semasa..Dalam suasana yang agak kurang harmoni ini aku mencuba untuk berdiam .


"Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah." ~ T.S Matthews


Walaupun  bukanlah satu keputusan yang baik..tapi dari bertegang leher lebih baik berdiam diri..Tak mahu masalah lain bercampur pula..




"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke 
pelabuhan."

Aku nak menghayati kata- kata  ni dulu..korang yang tebaca ker @ saje baca ker @ memang follower sama sama kita hayati dulu yer..Kita jumpe lagi E3 berikutnya..

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk
bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber 
kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa 
yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju
kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu  untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju
syurga."


No comments:

Besday Boy

Lilypie Third Birthday tickers

My Baby Step

Lilypie First Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...