Followers

Petua petua


Assalamualaikum Jelitawans yang bijak laksana dan Mr Jelitawans yang bijak laksamana,
Seorang tukang urut pernah memberitahu saya , berhati-hati kalau nak merotan anak. Elakkan merotan anak. Kalau nak didik sangat anak dengan cara merotan, maka rotan hanya di tapak kakinya. Itu saja. Bahagian badan lain sangat dilarang terutama di muka, punggung, peha dan betis. Muka kerana ia paling sensitif dan paling sakit. Punggung, peha dan betis kerana ia boleh mengakibatkan kerosakan sistem peranakan, tak kira anak lelaki atau perempuan. Katanya, pukulan di bahagian tersebut juga boleh mengakibatkan mandul.
Pada pendapat saya, merotan anak dengan cara melibas atau menyebat mereka sekuat hati dilarang keras. Cukup sekadar rasa sedikit sakit dan menimbulkan rasa takut dalam hati anak. Agar mereka takut dihukum dan perit dengan rotan. Mereka takkan buat salah lagi.
Kedua, saya lebih suka kepada marah dan gertak dari merotan.
Ketiga, saya jarang merotan anak saya. Mereka tidak pernah saya rotan lagi bila mereka mula faham apa yang saya suka atau tak suka. Apa yang saya larang dan tegah.
Keempat, saya merotan mereka di bahagian betis tetapi kata tukang urut, ia dilarang.
Kelima, saya dah lama tidak merotan dan tidak merotan lagi…he he he
Keenam, elakkan dari merotan anak ketika sedang marah. Sejukkan diri dulu barulah anak dipanggil, dijelaskan sebab musabab kenapa kita marah dan kenapa mereka mesti dirotan.
Ketujuh, merotan anak haruslah dengan niat nak mendidik, bukan nak menyakiti dan kerana Allah.
Kelapan, gantung rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak dan menimbulkan rasa gerun mereka. Sebagai lambang peringatan.
Kesembilan, saya lebih suka memukul rotan itu ke lantai untuk memberi amaran .
Kesepuluh, biasanya mereka dirotan kerana malas solat, melewatkan solat, malas mengaji, kecahkan rumah atau tak nak buat homework.
Terakhir sekali, saya selalu test merotan diri saya, nak tahu setakat mana kesakitannya, sekuat mana harus saya rotan. Tetapi biasanya, mereka dah lari lintang pukang bila melihat saya memegang rotan. Mereka dah kelam kabut ke bilik air nak ambil wuduk atau buat homework..he he he
Akhirnya, saya dah tak perlu merotan lagi. Pertama , rotan itu dah hilang. Bila beli baru pun selalu hilang kerana mereka sorokkan. Kedua, alhamdulillah mereka mendengar kata.
Pesanan dari saya, memukul atau merotan anak, jangan sampai ke peringkat meluka dan mencedera, meninggalkan kesan bilur atau sebatan.


Petua untuk anak Pintar




Sumber: http://nurulaziyana.blogspot.com/2010/05/anak-pintarsape-nkmeh-baca.html
Terbaca mengenai satu artical dari kawan blogger..berkenan pulak kat hati ni tu yang mintak izin dia paste kat cni ..tak sembat nak menulis panjang sebab MALAS..biasanye kalau penyakit M dah berjangkit cam tu la...tapi sebenarnye bila sampai tahap GERAM kat anak2 kan..tangan ni suka sangat cepat sampai ke kulit anak..bukan tak sedih bila kerap kene rotan..tapi emosi ni selalu tak terkawal...buat ibu ibu macam saya ni perlukan emosi yang tinggi untuk sentiasa bermuhasabah diri..sentiasa mencari masa untuk belajar mendidik bukan mengajar..ok buat diri sentiasa sentiasa INGAT aLLAH SENTIASA MENGUJI KITA..UNTUK MELIHAT TAHAP kesabaran anugerah yang diberikan..RUNGUTAN..JERITAN.TANGISAN...itulah yang memeriahkan suasana rumah..BAYANGKAN bila kita dah tua nanti kemana ?dimana anak anak kita? disaat kita inginkan sebuah suasana riuh rendah suara yang pada masa sekrang kita marahkan anak2 dengan suara mereka yang bising..... renung2 kan dan selamat berubah....

Besday Boy

Lilypie Third Birthday tickers

My Baby Step

Lilypie First Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...