Followers

Friday, October 12, 2012

zikir oh zikir dan rahsianya

Assalamualaikum kepada kawan kawan blog... alhamdulillah dah jumaat dah kan...alhamdulillah kita masih menikmati  nikmat hidup hari ni..segala amalan kita hari ni dah dikira amalan baru sebba semalam segala amalan kita dah diangkat kelangit...

Mudah mudahan kita sentiasa memperbaiki amalan amalan kita setiap minit , setiap hari ....untuk zikit dihari jumaat hendakaah kita sentiasa menyebut Ya Allah sebanyak mana yang kita mampu..dari kita membebel yang bukan bukan  lebih baik kita berzikir..sekurang kurang nye terlepas  sikit dari membuka mulut dengan kata kata yang menyakitkan hati orang kan..saya sentiasa begiitu..anda pula bagaimana..bilamana perasan marah meruap ruap mulalah segala ayat yang tak dapat dibedung terpacul dari mulut..Subhanaallah sentiasa la dijauhkan amalam buruk ini supaya dapat membina  keutuhan dalam hubungan suami isteri
 Zikir amalan harian Subhanallah..Alhamdulillah, lailahaillaallah, Ya llah, ya latiff,

Anda biasa guna tasbih tak ketika berzikir? disini ada cara yang mudah dengan menggunakan jari sahaja ...setiap kejadian yang Allah ciptakan ada  fungsi dan tugasnya..Masyaallah ..
cuba lihat gambar yang saya entrykan




"Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat."




Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:
“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.”  Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26
“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”    Surah 7: Al A’raf,  Ayat 205
“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191
“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.”   Surah 20 Ta Ha Ayat 14
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” Surah 33: Al Ahzab Ayat 21


akhir sekali  renung renungkan 

sambil berjalan pun boleh, sambil baring atas tilam yang empuk pun boleh berzikir. Ramai orang duduk atas tilam empuk masuk syurga VIP (syurga yang hebat) kerana zikir. Yang penting luangkan masa untuk berzikir, walaupun sedikit asalkan berterusan. Walaupun sekadar Qulhuwallah 10 kali setiap pagi lepas Subuh dan 30 zikir lepas sembahyang (Subhanallah 10 kali, Alhamdulillah 10 kali dan Allahuakbar 10 kali). Yang penting jadikan amalan rutin.
“…….akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan”
Hanya dosa dengan Allah sahaja diampun. Dosa dengan manusia seperti mengumpat, mencuri hendaklah diselesaikan (settle) dengan meminta maaf dari manusia.

No comments:

Besday Boy

Lilypie Third Birthday tickers

My Baby Step

Lilypie First Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...