Followers

Saturday, December 12, 2009

"Kau mencipta dosa untukku"

Sebuah drama arahan Eirma Fatimah yang baru sahaja dimainkan dilayar tv1 saluran perdana..tergerak hatiku untuk mengikuti siaran drama itu, pada mulanya aku rasakan cerita ini hanya seperti cerita cerita biasa yang selalu dimainkan di tv. terpaku seketika dan tersentak Dari awal siaran hinggalah keakhir siaran, cerita yang dilakonkan oleh Fahrin Ahmad dan Norish Karman yang diadaptasikan dari sebuah novel..cerita mengenai rumah tangga yang kurang bahagia, tetapi diserikan dengan anak anak yang makin membesar..jalan hidupnya penuh kemewahan tetapi caranya sendiri untuk mencari sebuah erti kasih sayang yang sebenar telah membawa dia jauh kepada perkara yang tidak sepatutnya sebagai seorang isteri, dia (dalam watak)sebagai seorang isteri yang dipertanggungjawapkan untuk memikul amanah tuhan dalam memastikan sebuah rumahtangga aman dan harmoni...cuba disalahgunakan dalam mencari erti cinta yang sebenar, sanggup menduakan suami dan hanya mementingkan diri sendiri untuk mencari kebahagian sendiri.. sebenarnya siapa pun diri kita, setinggi mana pun darjat kita, sekaya manapun kita sehebat mana pun kita ..kita tetap manusia yang lemah disisi Tuhan yang maha Esa...DIA berhak memberikan segala-galanya dan DIA jugalah yang berhak merampasnya...

Apapun perlakuan dan perbuatan kita dalam menempuh perjalanan hidup diatas muka bumi Allah ini jelas sejelasnya kita harus ingat "Syurga dibawah Tapak Kaki Suami", aku cukup yakin dan sentiasa beringat dengan cerita yang penulis ingin sampaikan..Sungguh tragis dan terlalu emosinal dan mengisi setiap bait bait penulisan skripnya....tapi malangnya cerita ini berakhir dengan sebuah kematian, tetapi caranya untuk membersihkan segala dosa dosanya dengan mendekatkan kan diri serta menyucikan diri dengan beribadat dan bertawaduk kepada yang Penciptanya...

Syukur dengan ada jalan cerita yang ditayangkan itu benar-benar menyedarkan wanita-wanita, para isteri-isteri untuk memperbaiki dan mengharmonikan rumahtangga yang telah tercipta atas dasar cinta dan telah termenterai atas dasar janji dan sumpah taat setia...

Tak dapat pulak untuk aku nak terus menulis sepanjang -panjang nyer cerita ini dari A-Z, munkin sapa- sapa yang terbaca blog ini yang mengikuti siaran tu boleh la berkongsi .

No comments:

Besday Boy

Lilypie Third Birthday tickers

My Baby Step

Lilypie First Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...